Wednesday, 3 April 2013
Bedah 8
Datuk Mahmud begitu terkejut besar apabila dia pulang ke rumah isteri mudanya subuh itu. dia seolah olah tidak percaya apa yang dilihatnya. tidak pernah terduga olehnya selama ini. tidak pernah terlintas di hatinya bahawa isteri mudanya itu akan bersikap curang terhadapnya. juga tidak terlintas di hatinya bahawa adiknya akan melakukan perkara buruk terhadap isteri mudanya.
pada mulanya, Datuk Mahmud ingin pulang ke rumah isteri tuanya di damansara sekembalinya dari Hong Kong. dia begitu rindu terhadap anak anaknya terutama murni yang masih berusia tiga tahun.
entah kenapa tiba tiba fikirannya bertukar. hatinya segera teringat kepada Bedah. keinginan untuk mendakap tubuh Bedah yang menggiurkan itu menyebabkan Datuk Mahmud membatalkan hasratnya untuk singgah di rumah isteri tuanya itu.
sebagai seorang tua, Datuk Mahmud masih dapat menahan rasa sabar. Walaupun hatinya ketika itu benar benar panas dan membara bila ternampak Malek, Bedah dan Janet sedang terbaring dalam keadaan bogel tanpa disaluti seurat benang tetapi dia masih mampu bertenang.
mungkin disebabkan Janet turut berada di situ ketika itu menyebabkan Datuk Mahmud dapat menenteramkan perasaan marahnya. keinginan hatinya untuk menjamah tubuh Bedah mati serta merta. kini timbul pula hasrat di hatinya untuk menceraikan Bedah. baginya perempuan seperti Bedah tidak harus dibuat baik. Tidak harus diberikan perlindungan.
"dayus aku kalau terus menyimpannya! " bisik hati Datuk Mahmud.
Datuk Mahmud terus keluar. seorang pun di antara mereka yang sedang tidur dalam keletihan itu tidak sedar akan kepulangan Datuk Mahmud.
bagi Datuk Mahmud, tidak perlu dia mengejutkan syaitan yang sedang dalam keletihan itu. biarlah mereka tidur dengan sepuas puasnya. kalau mampus pun lagi baik!
hadiah yang dibelikan oleh Datuk Mahmud semasa di Hong Kong untuk Bedah dibuangkan oleh Datuk Mahmud ke dalam tong sampah di tepi jalan. baginya biarlah barang itu menjadi habuan lori Dewan Bandaraya dari diberikan kepada isteri durjana seperti Bedah !
Bedah memang tidak menduga Datuk Mahmud akan pulang pada subuh itu. Menurut penerangan yang diberikan oleh Datuk Mahmud, dia akan berada di Hong Kong selama dua minggu dan ini bermakna orang tua itu akan berada di sana seminggu lagi. tetapi Datuk Mahmud pulang terlebih segera.
dan bila telefon berdering pagi itu, Bedah baru dapat mencelikkan matanya. Cahaya matahari telahpun menerjah masuk ke dalam rumah melalui cermin dinding rumah. telefon segera diangkat oleh Bedah.
Malek dan Janet masih tidur keletihan.
"hallo, siapa di sana? " tanya Bedah. lembut sekali suaranya.
"Datuk Mahmud!" suara garau terpancut dari gagang telefon.
"abang! abang telefon dari mana?" tanya Bedah terperanjat.
"dari Pejabat Kadi!"
"bila abang pulang ?"
"tak perlu kau tahu. cuma aku nak beritahu bahawa kita telah bercerai dengan talak satu!"
"kenapa abang menceraikan saya? "tanya Bedah terkejut.
"kerana kau bersikap curang! kau manusia syaitan ! manusia iblis! " Datuk Mahmud terus meletakan gagang telefon.
Bedah menangis di tepi meja telefon di sudut ruang tamu rumahnya itu. dia kini mula kesal dengan apa yang dilakukan olehnya. dia kini mula insaf dengan perbuatannya yang selalu bersikap curang terhadap seorang suami yang jujur macam Datuk Mahmud.
tidak pernah terlintas di hati Bedah untuk bercerai dengan Datuk Mahmud, melalui perkahwinannya dengan Datuk Mahmudlah dia memperolehi kemewahan dan kesenangan. dan kini segala galanya telah berakhir. dia diceraikan oleh lelaki yang membawanya ke menara kemewahan.
Bedah terus menangis dan duduk terjelepok di sudut ruang tamu. jam ketika itu telahpun menunjukkan pukul sembilan pagi. hati Bedah mula geram dan marah bila melihat Malek dan Janet masih lagi enak dibuai mimpi.
bagi Bedah, semuanya ini adalah kerana Malek dan Janet. sekiranya tidak kerana mereka berdua, sudah pasti rahsianya tidak akan terbongkar. Bedah pasti Datuk Mahmud telah masuk ke dalam rumahnya ketika mereka sedang nyenyak tidur. tentu Datuk Mahmud telah melihat mereka bertiga tidur di dalam keadaan berpelukan dan bertelanjang bulat.
"ahhh ... malunya aku! " bentak hati Bedah.
"bangun! bangun! " Bedah bertempik macam orang gila. perasaan marahnya terhadap Janet dan Malek datang tiba tiba.
Malek dan Janet terkejut. mata mereka terkebil kebil memandang Bedah yang masih duduk terjelepok di sudut ruang tamu. mereka juga hairan bila melihat Bedah menangis dan air mata mengalir membasahi pipinya yang gebu.
"kenapa kak ?" tanya Malek kehairanan.
Bedah tidak segera menjawab. tangisannya kini semakin kuat, Malek dan Janet menjadi semakin bingung. wajah Bedah direnung oleh keduanya dengan penuh perasaan tanda tanya.
"kenapa kak ?" ulang Malek lagi.
"Datuk mungkin telah mengetahui perhubungan kita. aku telahpun diceraikan olehnya," Bedah bersuara dalam esak tangis.
"bukankah abang kini berada di Hong Kong ?"
"dia dah pulang! dia telefon aku dari Pejabat Kadi dan mengatakan bahawa dia telahpun menceraikan aku dengan talak satu," terang Bedah.
"bila dia pulang ?"
"mungkin malam tadi atau pagi tadi!"
Malek tidak puas hati dengan penerangan yang diberikan oleh Bedah. dia segera meluru ke arah telefon. dia ingin menghubungi Datuk Mahmud untuk mendapatkan penjelasan dari abangnya sendiri.
"boleh saya bercakap dengan Datuk Mahmud?" Malek bersuara lembut bila terdengar suara operator di pejabat Datuk Mahmud menyambut panggilannya.
"boleh saya tahu siapa yang bercakap?" tanya operator.
"saya Malek, adiknya!"
"maaf, encik Malek. Datuk sebenarnya tidak mahu diganggu. fikirannya runsing. moodnya tidak baik hari ini. kalau ada apa-apa pesanan untuknya bolehlah saya sampaikan kepadanya nanti," terang operator.
Malek menjadi marah. gagang telefon terus dihempaskan olehnya. Janet masih terpinga pinga. dia masih belum mengerti tentang kedudukan sebenarnya. Dia memang tidak berapa faham tentang undang undang perkahwinan Islam.
"aku yakin Datuk tentu telah mengetahui akan perhubungan kita. dia pasti pulang ke sini ketika kita semua sedang nyenyak tidur," ujar Malek.
"apa yang harus kita lakukan sekarang?" tanya Bedah.
"tunggu dan lihat!"
"sampai bila?"
sedang mereka berbincang itu tiba-tiba datang seorang kakitangan pejabat DatukMahmud dengan sebuah motosikal. dia terus masuk bila mendapati rumah itu tidak berkunci. kakitangan pejabat Datuk Mahmud terperanjat bila melihat ketiga tiganya masih lagi berbogel.
"Datuk suruh beri surat ini pada cik Bedah," ujar kakitangan pejabat Datuk Mahmud itu.
Malek segera mengambil surat yang diisikan dalam sampul yang berwarna putih. kakitangan pejabat Datuk Mahmud segera meninggalkan rumah itu kerana perasaan malunya. Walaupun hatinya terlintas untuk menatap tubuh Bedah dan Janet dengan lebih lama tetapi perasaan takut dan malu membuatkan dia perlu segera meninggalkan rumah itu.
"surat cerai!" pekik Malek.
"memang sah aku diceraikan olehnya!" Bedah menangis lagi.
"kakak juga diminta mengosongkan rumah ini dalam masa sebulan." Malek menambah setelah dia membaca satu nota kecil yang disematkan pada surat cerai itu. raungan Bedah semakin meninggi dan dia tahu dirinya akan terbuang jauh. kesusahan dan kesengsaraan kini mula terbayang di ruang matanya.
"bersabarlah kak," pujuk Malek.
"akak tak tahu ke mana harus Akak pergi selepas ini," ujar Bedah.
"kalau akak tak ada tempat untuk menetap, datang saja ke Alor Star. Akak boleh tinggal di rumah saya. lagipun saya hanya tinggal sendirian saja di rumah itu," terang Malek.
"apa kata abangmu nanti?"
"pedulikan dia. bukankah kakak dan dia telah berpisah!"
Bedah mula dapat tersenyum. dia tahu Malek pasti akan membantunya. dia tahu Malek masih teringin untuk meratah batang tubuhnya. masakan Malek boleh puas kalau sekadar menjamah tubuhnya sekali dua sahaja.
berita mengenai kematian Malek yang terlibat dalam satu perlanggaran dengan sebuah lori trailer di tapah ketika dia dalam perjalanan pulang ke Alor Star benar benar memeranjatkan Bedah. Janet juga turut terkejut bila Bedah memberitahunya mengenai berita buruk itu.
Bedah kini semakin lesu. harapannya untuk bergantung hidup dari Malek musnah dengan tiba tiba. tidak diduga olehnya nasib buruknya datang bertimpa timpa. Dia benar benar runsing tentang hidup yang akan dilalui olehnya.
agak lama juga Bedah tidak berselera untuk menjamah makanan. seleranya hilang dengan tiba tiba. dia tidak tahu ke mana harus ditujuinya. rumah yang diduduki olehnya itu akan segera ditinggalkan. biarlah rumah yang telah lama memberikan banyak kenangan kepadanya itu lebih segera ditinggalkan olehnya.
pernah juga terlintas di hati Bedah untuk pulang sahaja ke kampungnya tetapi perasaan malunya membuatkan dia tidak sangggup lagi menatap wajah ibu dan adik beradiknya. semasa dalam kemewahan dulu, Bedah tidak pernah ingat kepada mereka. Bedah tidak pernah menghulurkan bantuan kepada ibu dan adik adiknya. akhirnya Bedah mengambil keputusan untuk terus hidup di lembah noda dan dosa.
dia tahu tubuhnya masih mampu memberikan rezeki kepadanya. dan kini kepada tubuhnya itulah dia berserah.
Bedah dengan mudah diterima untuk bekerja di salah sebuah Health Club di salah sebuah hotel terkemuka di Kuala Lumpur. bentuk tubuhnya yang menggiurkan itu menyebabkan Bedah memang sering dilanggani. dia merasakan kemewahan yang dikecapinya dahulu tidak setanding dengan kemewahan yang dikecapinya kini. Dia merasa begitu bangga bertugas di Health Club itu. wang datang bagai air. Begitu mudah!
masa terus berjalan dan hari terus beredar. usia Bedah juga turut meningkat, batang tubuhnya juga semakin kendur dan kecut. kalau dulu Bedah menjadi buruan para pelanggan ke health club tersebut kini Bedah sudah mula diketepikan.beberapa orang gadis yang lebih montok dan jelita memberikan persaingan kepadanya. lelaki yang sebelum ini sering melangganinya, kini telah beralih kepada gadis lain yang lebih muda dan cantik.
Bedah merasa sedih bila tubuhnya sudah mula tidak dapat menarik selera lelaki di tempatnya itu. oleh kerana perkhidmatan Bedah semakin merosot akhirnya Bedah diberhentikan kerja oleh majikannya.
"ini kelab ekslusif. lelaki datang ke sini semua orang besar dan banyak wang. Oleh kerana awak sudah tua, dia orang tidak suka, saya rasa awak patut berhenti dari sini!" majikannya memberitahu Bedah pada suatu petang.
Bedah terperanjat bila mendengar penjelasan dari majikannya itu. untuk tidak menghampakan Bedah, majikannya akhirnya memberikan wang saguhati sebanyak $300 kepadanya. dan dengan wang sebanyak itu, Bedah mula menyusur lembah dan lorong di sekitar Kuala Lumpur.
nasib Bedah masih baik. dia diterima bertugas di salah sebuah rumah urut kelas bawahan di Jalan Imbi. di situ dia turut juga menerima beberapa orang pelanggan tetapi bayaran yang diterima olehnya jauh lebih murah jika dibandingkan dengan tempat kerjanya ketika di hotel besar dulu.
Bedah kini benar benar telah insaf bahawa paras rupa bukanlah boleh menjamin hidup seseorang itu sentiasa di sanjung dan diingini. walaupun dia menerima bayaran yang agak murah tetapi disebabkan kesempitan hidup kerana terpaksa membeli pakaian, makanan dan sewa bilik dia terpaksa juga melakukan kerja terkutuk itu. terpaksa juga melayani lelaki.
kini Bedah bukan lagi menyerahkan batang tubuhnya kepada lelaki bagi mendapatkan kepuasan tetapi dia terpaksa melakukan itu untuk menyara kehidupannya. baginya, apa yang dilakukan olehnya itu sedikitpun tidak memberikan apa apa rasa kepadanya. keinginannya untuk menikmati pemberian seks dari kaum lelaki telah lenyap dari hatinya.
wajah Malek, Ranjit Singh, Datuk Mahmud dan Leman Rock semuanya telah luput dari ingatannya. Wajah lelaki itu tidak lagi diperlukan olehnya. perkhidmatan mereka juga tidak diperlukan oleh Bedah. dia benar benar telah muak dengan lelaki.
ketika duduk sendirian kerana tiada pelanggan yang datang meminta perkhidmatan darinya Bedah sering teringatkan masa depannya. dia sering bertanya-tanya bahawa sampai bilakah dia akan terus bergelumang dengan noda dan dosa. apakah dia akan terus begitu sampai ke akhir hayatnya. sampai maut menjemputnya!
Bila mengingatkan kematian, hati Bedah mula merasa takut. dia takut kepada Allah. dia memang seorang perempuan Islam tetapi dia tidak pernah mengerjakan dan mengamalkan tuntutan agama. dia tidak pernah bersembahyang. dia tidak pernah berpuasa dan ketika dia hidup dalam kemewahan masa berkahwin dengan Datuk Mahmud dulu, dia tidak pernah berzakat. ah, begitu menakutkan!
Bedah mula ternampak-nampak akan azab sengsara yang akan ditempuh apabila dia mati nanti. dan apabila mengingatkan semuanya tu, dadanya mula berombak. perasaan takut segera menerpanya.
tanpa berlengah lengah, Bedah mengambil keputusan untuk meninggalkan tempat maksiat itu. dia segera pulang ke kampung. di kampung dia akan hidup sendirian dan dia akan segera bertaubat. dia ingin meminta ampun dari Allah agar segala dosa yang telah dilakukannya olehnya selama ini.
Labels:
Bedah 8
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment